Categories: Cahaya MataTrending

Timang ‘Baby Boy’! Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua

Pelakon Mona Allen memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan anak keduanya pada Selasa.

Berita tersebut dikongsi oleh Mona sendiri menerusi hantaran di Instagram Storiesnya (IGS) beberapa jam lepas.

Sekali lagi, dia dan suaminya, pelakon Pekin Ibrahim menimang cahaya mata lelaki dan bakal memberitahu bakal berkongsi gambar anak mereka dalam masa terdekat.

Malah, dia juga memaklumkan dirinya dan bayi dalam keadaan baik serta sedang berehat.

“Terima Kasih semua yang DM doakan saya dan baby. Sorry tak dapat reply sorang-sorang.

“Saya dah selamat bersalin semalam waktu Maghrib. Inshallah kita akan share gambar baby soon.

“Now tengah rehat nanti saya update ok. Terima kasih semua. Alhamdulillah. Syukur semua baik-baik saja. Allah Ya Mujeeb,” tulisnya.

Untuk rekod, Mona berkahwin dengan Pekin pada 7 Disember 2018.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Petra Pekin, dua tahun.

Artikel Berkaitan: Pekin Ibrahim, Mona Allen Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Atiqah Johari

Recent Posts