Featured By: Salma Syahbuddin July 31, 2022 @ 12:50pm

Netizen Sokong Pelaksanaan GEG & RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. Faktanya Disini!

Baru-baru ini sebuah soal selidik telah dijalankan secara dalam talian bagi melihat reaksi rakyat Malaysia mengenai pelaksanaan Generational Endgame (GEG) & Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Pelbagai reaksi telah diterima melalui soal selidik yang dijalankan, namun kebanyakan netizen memberikan reaksi positif terhadap isu ini.

Ramai yang belum tahu apa itu GEG?

Ramai yang memberikan reaksi positif terhadap pelaksanaan GEG namun, berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan sehingga 27 Julai 2022, sebanyak 50.2% responden tidak mengetahui bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berusaha untuk melaksanakan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Bukan itu sahaja, sekitar 19.3% responden bersetuju bahawa dengan pelaksanaan GEG dan RUU, mereka tidak lagi diberikan kebebasan dan hak mereka.

Hal ini menunjukkan bahawa lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menjelaskan kepada netizen tentang kepentingan dan tujuan utama pelaksanaan GEG iaitu menyelamatkan nyawa lebih ramai rakyat Malaysia terutama generasi muda.

GEG & RUU dapat mengawal lambakan produk tembakau & rokok elektronik!

Tujuan utama RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 adalah untuk mengawal penggunaan kesemua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik (vape), cerut, shisha dan lain-lain.

Ini termasuklah melarang pengiklanan sebarang produk rokok elektronik (vape) melalui platform media massa, media cetak dan media sosial sebagaimana kawalan sedia ada terhadap pengiklanan hasil tembakau.

Netizen setuju pelaksanaan GEG & RUU!

Apa yang boleh min konklusikan, walaupun masih ramai yang blur-blur mengenai pelaksanaan GEG & RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 ianya tidak menghalang 81.6% responden lain untuk bersetuju GEG dan RUU dilaksanakan.

Hal ini mungkin disokong oleh pertambahan masalah kesihatan dikalangan perokok dan pengguna rokok elektronik seperti penyakit E-Cigarette or Vaping Products Use-Associated Lung Injury (EVALI) kerana berdasarkan hasil soal selidik, 60.3% responden tahu apa itu penyakit EVALI dan kesannya terhadap kesihatan.

Jadi, korang yang masih tak tahu mengenai usaha NGO dan KKM untuk menggesa tindakan yang sewajarnya diambil bagi menurunkan kadar jumlah perokok kepada 5%. Korang boleh klik artikel INI dan jawab soal selidik dibawah kerana hasil soal selidik korang mungkin dibentangkan di Parlimen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Sep 2023
TECH Tue, 27 Feb 2018

Cipta Emoji Sendiri Melalui Telefon Pintar

Keistimewaanya, peranti kali ini dilengkapi dengan emoji AR yang lebih realistik  sehingga pengguna boleh mencipta emoji dengan wajah sendiri.

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Featured Sun, 29 May 2022
Featured Sun, 7 Oct 2018

Jika Kereta Anda Terperangkap Dalam Banjir, 5 Perkara Ini Wajib Anda Buat!

Jangan sesekali hidupkan enjin kereta anda jika terperangkap dalam banjir.

Trending Mon, 29 May 2023
Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Siapa Cepat Dia Dapat’- Ifa Raziah Nafi ‘Sailang’ Penganjur Lain

Saya faham dengan keadaan para peniaga yang perlu mengambil-kira soal kos dan untung. Jadi saya tidak akan terlalu ‘menekan’ mereka.