Ringankan Beban Peminjam PTPTN, Diskaun Sehingga 15 Peratus Diberikan Bermula…

Menerusi pembentangan bajet 2022 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat, diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi individu yang mendapat bantuan kewangan ini akan dikurangkan sehingga 15 peratus.

Ini kerana, sebagai pinjaman semestinya ia satu amanah yang wajib dibayar semula oleh peminjam. Dan untuk memudahkan proses bayaran balik serta memupuk sikap bertanggungjawab, kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

 

  1. Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman

  2. Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran

  3. Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji ATAU debit terus mengikut jadual.

Untuk pengumuman penuh mengenai Belanjawan 2022, anda  boleh tonton video di bawah;

 

Salma Syahbuddin